Menara telekomunikasi di tepi lebuh raya terbakar
IPOH – Sebuah menara telekomunikasi dalam kawasan pencawang Telekom Malaysia Sungai Perak di Kampung Kelebor, Kuala Kangsar dekat sini, terbakar semalam.
Menurut Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 6.36 petang
“Sejurus menerima panggilan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar digerakkan ke lokasi kejadian.
“Sebuah menara telekomunikasi dilaporkan telah terbakar dan kebakaran dapat dilihat dari Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). Anggota yang bergerak ke lokasi mendapati alamat yang diberikan tidak tepat dan terperangkap dalam kesesakan lebuh raya.
“Selain itu, anggota terpaksa mengambil masa kira-kira sejam untuk ke lokasi kejadian kerana terletak dalam hutan dan ladang sawit. Bomba terpaksa menaiki Hilux dan apabila sampai mendapati api telah padam sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Tambahnya, kebakaran itu dipadamkan sepenuhnya dengan bantuan tuan tanah yang menggunakan alat pemadam api dan air tadahan.
“Kebakaran yang melibatkan sebahagian daripada menara itu menyebabkan beberapa panel komunikasi mengalami ganggu seperti Maxis dan siasatan lanjut di teruskan pagi ini,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








