BERITA SEMASA

Kapal KD Laksamana Muhammad Amin terbakar

LUMUT – Sebuah kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sedang dalam proses dibaiki terbakar dalam satu kejadian pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Negeri Perak, Penguasa Kanan Bomba I Sabarodzi Nor Ahmad berkata, Kapal KD Laksamana Muhammad Amin terbabit dalam kebakaran di Kilang Gres One, Kampung Acheh, Sitiawan, di sini.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 10.03 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan bergegas ke lokasi kejadian.

“Kebakaran membabitkan bahagian bilik penyimpanan peluru kapal perang jenis korvet F136. Bagaimana ketika kejadian tiada peluru di situ dan anggaran kebakaran adalah 10 peratus.

“Tindakan pemadaman dilakukan oleh Pasukan Bertindak Kecemasan (ERT) pelabuhan, manakala pasukan bomba membuat ‘ventilation’,” katanya memetik laporan BH Online.

Dalam pada itu katanya, operasi terkawal jam 10.25 pagi dan operasi pemadaman masih berjalan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button