
14 hilang, 55 cedera kilang alat ganti kenderaan terbakar
SEOUL – Sekurang-kurangnya 14 hilang manakala 55 lagi cedera dalam insiden kebakaran di sebuah kilang alat ganti kereta di bandar Daejeon, semalam.
Menurut Reuters, kejadian berlaku sekitar waktu makan tengah hari semalam.
Susulan kejadian, Presiden Korea, Lee Jae-myung mengarahkan semua sumber yang ada digerakkan untuk mengawal kebakaran dan menyelamatkan nyawa.
Usaha mencari mangsa berdepan kesukaran selepas sebahagian bangunan runtuh akibat kebakaran tersebut.
Ramai pekerja dipercayai berada di ruang rehat tingkat dua ketika kebakaran bermula, menurut pihak bomba.
Beberapa mangsa dilaporkan cedera selepas terjun dari bangunan untuk menyelamatkan diri, tambah pihak berkuasa.
Pegawai bomba berkata, kilang tersebut dimiliki Anjun Industrial, iaitu syarikat yang menghasilkan injap enjin dan merupakan pembekal kepada Hyundai Motor dan Kia Corporation.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








