
Punca kebakaran bangunan lama KWSP dalam siasatan
CYBERJAYA – Punca kebakaran dan nilai kerosakan bangunan lama KWSP di Petaling Jaya yang terbakar semalam sedang dikenalpasti.
Jabatan Hal Ehwal Korporat, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam satu kenyataan berkata, pihaknya bersama Pacific Senior Living (Pacific) sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM).
Kata KWSP, Pacific merupakan pemaju yang sedang melaksanakan kerja pengubahsuaian semula bangunan tidak berpenghuni di Jalan Gasing itu sebagai kemudahan kediaman warga emas.
Kata kenyataan itu lagi, perjanjian pajakan selama 30 tahun itu telah dimeterai pada 6 April 2022.
Susulan itu, pihak Pasific telah memulakan kerja perobohan di bahagian dalam bangunan mengikut rancangan pengubahsuaiannya.
Kebakaran semalam hanya membabitkan tingkat empat dan lima, dengan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Ini kali kedua bangunan itu terbakar selepas insiden sama pada Februari 2018.
Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP turut merakamkan penghargaan kepada JBPM atas tindakan pantas mengawal kebakaran.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






