Kebakaran apartment: Angka kematian meningkat kepada 94
HONG KONG – Angka kematian akibat kebakaran di kompleks perumahan Wang Fuk Court di daerah utara Tai Po, di sini kelmarin meningkat kepada 94 orang.
Sebahagian besar kebakaran itu berjaya dikawal menjelang pagi tadi, namun pihak berkuasa berkata beberapa unit masih lagi terbakar dan usaha sedang dilakukan bagi mengelakkan api merebak semula ke bahagian lain, lapor The Guardian.
Kebanyakan mangsa ditemukan di dua daripada tujuh menara yang terbakar, manakala mereka yang terselamat kebanyakannya diselamatkan dari menara lain.
Angka mangsa hilang belum dikemas kini sejak semalam, ketika ia melebihi 250 orang.
“Pasukan penyelamat memberi keutamaan kepada unit-unit kediaman yang membuat lebih daripada dua puluh panggilan kecemasan ketika kebakaran namun gagal diselamatkan.
“Kami akan berusaha memecah masuk ke semua unit di tujuh bangunan tersebut bagi memastikan tiada mangsa lain yang terperangkap,” kata Timbalan Pengarah Perkhidmatan Bomba Hong Kong, Derek Armstrong Chan.
Kebakaran di lapan menara yang menempatkan lebih 4,600 penduduk itu merebak dengan cepat dipercayai akibat penggunaan perancah buluh serta jaring hijau yang digunakan syarikat pembinaan ketika kerja-kerja pengubahsuaian dijalankan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








