LUAR NEGARA

Feri bawa 130 penumpang terbakar di Selat Lombok

JAKARTA – Sebuah feri yang membawa kira-kira 130 penumpang dari pulau pelancongan Indonesia, Bali, terbakar di perairan berhampiran Lombok, awal pagi tadi.

Ketua agensi penyelamat Nusa Tenggara Barat, Muhammad Hariyadi, memberitahu penyiar tempatan Kompas TV, kejadian berlaku di Selat Lombok pukul 4.39 pagi tadi (waktu tempatan).

Hariyadi berkata, lebih 200 anggota penyelamat dikerahkan untuk memindahkan semua penumpang.

Feri KM Putri Yasmin berlepas dari pelabuhan Padangbai di Bali menuju ke pelabuhan Lembar di Lombok, wilayah Nusa Tenggara Barat, kata I Gusti Lanang Wiswananda, ketua agensi penyelamat Bali, kepada Reuters.

Berdasarkan manifes, feri itu membawa 114 penumpang dan 17 anak kapal, kata Heri Wiyanto, seorang pegawai di pelabuhan Padangbai di Bali, kepada Kompas TV.

Heri berkata, pihak berkuasa setakat ini telah memindahkan 33 penumpang, manakala Kompas TV melaporkan bahawa semua penumpang berada dalam keadaan selamat.

Punca feri itu terbakar masih belum diketahui.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button