JENAYAH & MAHKAMAH

Rumah kedai dua tingkat musnah dalam kebakaran

ALOR SETAR – Sebuah premis rumah kedai dua tingkat di Kampung Hilir, Kubang Rotan di sini, musnah kira-kira 80 peratus dalam kebakaran tengah malam tadi.

Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Ahmad Aminudin Abdul Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 12.28 tengah malam.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi, Komander Operasi melaporkan rumah kedai kelas B berkenaan telah terbakar dengan kemusnahan dianggarkan mencecah 80 peratus.

“Kerja-kerja pemadaman dijalankan menggunakan sumber air daripada tangki jentera serta bantuan jentera tangki air bagi mengawal kebakaran daripada terus merebak.

“Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan berada di dalam premis ketika kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, api berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 1.06 pagi sebelum anggota bomba meneruskan kerja-kerja ‘overhaul’ bagi memastikan tiada sisa bara atau api yang boleh mencetuskan kebakaran semula.

Tambahnya, punca kejadian serta anggaran kerugian masih dalam siasatan pihak bomba.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 4.46 pagi selepas keadaan disahkan selamat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button