Disyaki rogol wanita OKU, tiga warga Rohingya disambung reman
KEMAMAN – Polis berjaya mendapatkan perintah sambung reman ke atas tiga lelaki Rohingya yang disyaki merogol seorang wanita Orang Kelainan Upaya (OKU), minggu lalu.
Terdahulu, ketiga-tiga suspek berusia antara 19 hingga 28 tahun itu dibawa ke ke Mahkamah Majistret, di sini pagi tadi.
Majistret, Marsha Abdul Malik kemudiannya membenarkan ketiga-tiga supek direman selama lima hari hingga Isnin depan.
Perintah sambungan reman itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Razi Rosli sebelum ini berkata, ketiga-tiga suspek yang juga buruh binaan dan kebersihan itu ditahan Sabtu lalu.
Menurutnya, tangkapan itu dibuat selepas pihak polis menerima laporan daripada seorang wanita tempatan berusia 20 tahun pada Jumaat lalu.
“Kesemua suspek kemudian direman selama lima hari sehingga hari ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







