JENAYAH & MAHKAMAH

Remaja 15 tahun tidak bersekolah dirogol dua Rohingya

MELAKA – Perkenalan seorang gadis tempatan berusia 15 tahun dengan lelaki warga asing membawa padah apabila dirogol dua lelaki warga Rohingya di Klebang, dekat sini.

Kejadian dilaporkan oleh abang mangsa pada Jumaat lalu selepas menemui mangsa merayau-rayau di taman permainan pada pukul 2 pagi 15 September lalu.

Mangsa sebelum itu dipercayai keluar bersama seorang lelaki Rohingya yang baharu dikenalinya sebelum bertemu seorang lagi rakan suspek di sebuah restoran.

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah, mangsa kemudian dibawa menaiki kereta untuk bersiar di sebuah taman permainan di kawasan pantai Batu Berendam.

“Satu laporan polis telah dibuat oleh seorang lelaki yang mendapati adik perempuannya telah dirogol oleh dua individu warga Rohingya.

“Pada 15 September kedua-dua individu warga Rohingya masing-masing berusia 14 dan 27 tahun telah ditahan polis untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Zainol berkata, siasatan awal menunjukkan mangsa mula berkawan dengan suspek yang lebih muda melalui WhatsApp pada 13 September.

Katanya, suspek remaja itu tidak bersekolah manakala seorang lagi bekerja sendiri.

Beliau berkata, kedua-duanya diremah selama tujuh hari sehingga esok.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button