PMXSUKAN

Anwar hargai komitmen semua pihak jayakan MotoGP 2026 Sepang

KUALA LUMPUR – Penganjuran PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bukan sahaja mencipta kenangan menarik buat peminat sukan permotoran, malah diharap mampu menyuntik inspirasi kepada lebih ramai anak muda untuk mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penganjuran edisi kali ini berlangsung meriah dengan aksi penuh debaran membabitkan pelumba terbaik dunia di Litar Antarabangsa Sepang.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua pemenang dan pelumba yang mengambil bahagian dalam perlumbaan berkenaan.

“Memang meriah dan penuh debaran menyaksikan aksi pelumba-pelumba terbaik dunia berentap di Litar Antarabangsa Sepang. Pastinya banyak kenangan menarik tercipta sepanjang edisi ini,” katanya menerusi hantaran di media sosial, semalam.

Baca juga : MotoGP platform angkat nama Malaysia, jana limpahan ekonomi – Anwar

Anwar turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh petugas, penganjur dan sukarelawan yang memainkan peranan dalam memastikan kelancaran penganjuran acara sukan permotoran bertaraf dunia itu.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada peminat yang memberikan sokongan sepanjang berlangsungnya PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026.

Menurutnya, semangat sukan permotoran seperti MotoGP diharap dapat terus menjadi sumber inspirasi kepada generasi muda untuk menceburi bidang berkenaan serta membawa nama Malaysia ke peringkat lebih tinggi.

“Semoga kemeriahan dan semangat sukan permotoran seperti MotoGP ini terus memberi inspirasi kepada lebih ramai anak muda untuk mengharumkan nama Malaysia!

“Jumpa lagi di Sepang!” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button