BERITA SEMASAPMX

Pakar mata rawat PM Anwar ketika dalam tahanan polis meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Pakar mata, Datuk Dr. Ahmad Shukri Mohamed, yang pernah merawat mata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa beliau dalam tahanan polis pada tahun 1998, telah meninggal dunia.

Berita pemergian Dr. Ahmad Shukri dimaklumkan sendiri oleh Perdana Menteri menerusi satu hantaran di akaun media sosial milik beliau, semalam.

“Almarhum adalah pakar mata yang telah memberi rawatan kepada saya tatkala dibantai di dalam tahanan polis pada tahun 1998.

“Almarhum juga antara yang tampil sebagai saksi memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menafikan tohmahan kononnya saya telah mencederakan diri sendiri,” kata Anwar.

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut mendoakan keluarga Dr. Ahmad Shukri diberikan kekuatan dan dosa Allahyarham diampuni Allah.

“Jasa dan keikhlasan Almarhum akan sentiasa terpahat dalam ingatan. Mendoakan keluarganya diberi kekuatan dan semoga Allah mengampunkan dosa Alhmarhum,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button