KEMENTERIAN KOMUNIKASIPOLITIK

Calon PRN Melaka diminta hormati petugas media – Fahmi

AYER KEROH – Semua calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 diminta menghormati petugas media yang menjalankan tugas membuat liputan sepanjang tempoh kempen.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, sebarang gangguan atau tindakan tidak wajar terhadap petugas media perlu segera dilaporkan kepada pihak berkuasa.

“Saya juga ingin mengingatkan semua calon agar sentiasa menghormati dan menghargai peranan pengamal media sepanjang tempoh kempen berlangsung.

“Sekiranya ada rakan-rakan media yang berdepan dengan sebarang situasi yang tidak selesa atau tidak sepatutnya berlaku, saya minta agar segera melaporkannya kepada pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyantuni pengamal media dan meninjau kemudahan di Pusat Media Utama PRN Melaka di MITC, di sini semalam.

Baca juga : PRN Melaka: Fahmi ingatkan pengendali media sosial hormati hak cipta kandungan berita

PRN Melaka ke-16 menyaksikan seramai 79 calon bertanding bagi merebut 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), dengan hari mengundi ditetapkan pada 14 November ini, manakala pengundian awal berlangsung pada 10 November.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button