BERITA SEMASA

Anggota bomba nyaris maut dihempap dinding rumah terbakar

DUNGUN – Seorang anggota bomba berdepan detik cemas apabila nyaris dihempap dinding rumah batu ketika bertugas memadam kebakaran di Felda Kerteh 2, di sini pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa Muhamad Aminuddin Abdul Jalil, 28, dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paka sempat menyelamatkan diri sebelum struktur dinding setinggi hampir lima meter itu runtuh.

Insiden tersebut turut sempat dirakam orang awam yang berada di lokasi kejadian sebelum video berkenaan tular di media sosial.

Muhamad Aminuddin bagaimanapun bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan dan masih dapat meneruskan tugas seperti biasa.

Ketua BBP Paka, Mohd Rizuan Ramli, ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan bahawa siasatan lanjut berhubung punca kebakaran sedang dijalankan, menurut laporan Buletin TV3.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button