BERITA SEMASA
Bekas ADUN Bukit Besi, Roslee Daud meninggal dunia
DUNGUN – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Roslee Daud, meninggal dunia di Hospital Dungun kira-kira pukul 5.30 pagi tadi, pada usia 66 tahun.
Allahyarham yang juga bekas EXCO Kerajaan Negeri Terengganu pernah berkhidmat sebagai wakil rakyat Bukit Besi selama dua penggal, bermula Mei 2013 hingga Ogos 2023.
Beliau mewakili Barisan Nasional (BN) menerusi UMNO sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai ADUN kawasan berkenaan.
Dalam pentadbiran kerajaan negeri, Allahyarham pernah memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Terengganu.
Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Besi selepas solat Zuhur di Masjid Bukit Besi.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








