Wanita rentung, terperangkap dalam kebakaran di Nilai
NILAI – Seorang wanita ditemukan rentung selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran yang memusnahkan kediamannya di Taman Mantin Baharu, Mantin, malam tadi.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 11.30 malam, melibatkan sebuah rumah teres yang didiami dua beradik, termasuk mangsa wanita yang dilaporkan menghidap gangguan kesihatan mental.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.33 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mantin bergegas ke lokasi.
“Pasukan yang turut dibantu BBP Nilai tiba kira-kira lima minit kemudian dan mendapati rumah teres berkeluasan 54 meter persegi itu musnah sepenuhnya.
“Seorang mangsa wanita ditemui rentung di bilik utama dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








