Penyokong Suk-yeol bantah lanjutan penahanan, serbu mahkamah
SEOUL – Mahkamah Korea Selatan melanjutkan penahanan Presiden Yoon Suk-yeol selama sehingga 20 hari, hari ini.
Keputusan itu bagaimanapun mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan penyokong Suk-yeol hinga mencetuskan protes ganas, lapor media tempatan.
Mereka bertindak menyerbu bangunan mahkamah, memecahkan tingkap dan menceroboh masuk.
Tidak lama selepas mahkamah meluluskan permohonan penyiasat Suk-yeol bagi melanjutkan penahanannya, rakaman televisyen menunjukkan penyokongnya melepasi kawalan polis dan memasuki mahkamah kira-kira pukul 3 pagi tadi.
Sebahagian daripada mereka memusnahkan perabot dan bertindak melepaskan alat pemadam api ke arah pegawai yang cuba menahan mereka.
Menurut laporan stesen penyiar YTN yang memetik sumber polis, pihak berkuasa berjaya menangkap sekitar 40 penunjuk perasaan dan memulihkan ketenteraman beberapa jam selepas itu.
Rabu lalu, Suk-yeol menjadi Presiden Korea Selatan pertama ditahan ketika masih berkuasa, dan berdepan tuduhan pemberontakan berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera mengejut pada 3 Disember, menyebabkan negara itu terjerumus ke dalam kekacauan politik.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








