JENAYAH & MAHKAMAH

Polis tahan lelaki disyaki pukul anak dengan timing belt

LAHAD DATU – Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki memukul anaknya dengan tali sawat pemasaan (timing belt) di Kampung Sharip, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Jimmy Panyau berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada bekas isteri suspek yang menerima gambar kecederaan anaknya berusia 13 tahun yang dihantar mangsa menerusi WhatsApp.

“Ibu mangsa melaporkan anaknya itu lebam di bahagian belakang, rusuk dan kaki kanan akibat dipukul ketika membantu bapanya membaiki kenderaan.

“Susulan itu, suspek yang berusia 38 tahun ditahan pukul 12.10 tengah hari (tadi) oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button