
Polis buka kertas siasatan perhimpunan haram di Kompleks Seri Perdana semalam
KUALA LUMPUR – Pihak polis membuka kertas siasatan berhubung perhimpunan bantahan terhadap kerajaan yang diadakan di kawasan letak kereta awam di Kompleks Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya, semalam.
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa, siasatan dijalankan susulan tindakan pihak penganjur yang tetap meneruskan perhimpunan itu walaupun dinasihatkan polis sebelum ini bahawa pemilik premis tidak memberi kebenaran penggunaan lokasi berkenaan.
“Justeru, satu siasatan dijalankan mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.
“Seramai 12 individu termasuk penganjur sudah dikenal pasti untuk dipanggil bagi memberi keterangan dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Semalam, kumpulan baju hitam dikatakan menyertai perhimpunan dinamakan ‘Demo Rakyat Lawan Anwar’ yang diadakan bermula selepas solat Asar di parkir Kompleks Seri Perdana.
Laluan masuk ke kediaman rasmi Perdana Menteri itu dipasang penghadang berikutan perhimpunan berkenaan tidak mendapat kebenaran Perbadanan Putrajaya selaku pemilik tanah.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







