BERITA SEMASA

Polis Sarawak siasat dakwaan Tun Mahmud Taib dibawa keluar dari hospital

KUCHING – Polis Sarawak mengesahkan telah menerima laporan berhubung dakwaan bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dibawa keluar daripada sebuah hospital di sini, baru-baru ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata, kes sedang disiasat di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan.

“Pihak polis kontinjen Sarawak mengesan satu posting tular melibatkan bekas TYT Sarawak yang telah dimuat naik dalam media sosial,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan perkara ini dan tidak membuat sebarang spekulasi.

“Tindakan menyebarkan maklumat palsu boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan perkhidmatan rangkaian dan lain-lain,” kata kenyataan itu lagi.

Baru-baru ini tular satu laporan polis yang mendakwa Tun Abdul Taib dibawa keluar dari sebuah hospital swasta di Kuching, tanpa kebenaran dan nasihat perubatan daripada doktor.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button