JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki dipercayai kurung, dera, liwat remaja berjaya ditahan

PETALING JAYA – Polis berjaya menahan lelaki yang didakwa mengurung, mendera dan meliwat seorang remaja 14 tahun di Bukit Kemuning dekat Shah Alam, kelmarin.

Menurut Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar, suspek ditahan di bilik sewanya di Kuala Lumpur dan direman tiga hari sehingga esok, lapor HM Online.

Katanya, suspek dipercayai baru berpindah ke Kuala Lumpur dari tempat kejadian di Kota Kemuning, Shah Alam.

Belai memberitahu, siasatan setakat ini mendapati tiada individu lain menjadi mangsa suspek selepas laporan polis dibuat, dengan mangsa dipilih secara rawak.

“Suspek juga ada rekod jenayah menjalani hukuman penjara sebelum ini dan semakan mendapati suspek dibebaskan April tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata, siasatan kes itu belum selesai dan sambungan reman akan dimohon, jika perlu.

“Jadi, beri ruang untuk kita lengkapkan siasatan dan insya-Allah saya yakin akan dapat hasil positif terhadap tangkapan.

Jelasnya, suspek bekerja sebagai pemungut hutang dan bergerak menggunakan pelbagai pengangkutan awam.

Beliau menambah, pihaknya turut menyiasat jika syarikat pemungut hutang itu didaftarkan dengan pihak berkuasa atau tidak.

Laporan media sebelum ini menyebut, polis menerima maklumat kejadian itu selepas mangsa diselamatkan jiran pada 12 Mei lalu.

Ketua Polis Shah Alam, Ramsay Embol dilaporkan sebagai berkata, suspek dipercayai memperdaya mangsa dengan mengajak remaja itu berbual sebelum menawarkan pakej internet telefon bimbit, dengan syarat mangsa membantu mengangkat barang dalam rumahnya.

Katanya, remaja itu disyaki diliwat selepas kaki dan tangannya diikat, sebelum mangsa dapat membuka ikatan serta menjerit meminta bantuan melalui tingkap bilik semasa ditinggalkan berseorangan dalam rumah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button