JENAYAH & MAHKAMAH

Jasad warga asing dipercayai dibunuh ditemukan di tepi jalan

TANGKAK – Jasad seorang lelaki yang tidak dikenali disyaki mati dibunuh ditemukan di tepi Jalan Bukit Serampang, di sini pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tangkak Deputi Superintendan Jamellulkamal Abdul Halim berkata, jasad tanpa identiti itu dipercayai ditemukan oleh orang awam kira-kira pukul 8.50 pagi tadi.

Tambahnya, siasatan awal mendapati, mangsa merupakan seorang lelaki dipercayai warganegara asing dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri atau perjalanan.

“Pemeriksaan ke atas tubuh badan mangsa mendapati terdapat beberapa kecederaan di bahagian belakang leher dan kepala.

“Polis mengesyaki dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di tepi jalan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya, jasad itu kemudiannya fihantar ke Hospital Melaka bagi tujuan bedah siasat untuk mengenal pasti punca sebenar kematian.

Polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kes bunuh dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, orang ramai yang melihat kejadian atau mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan.

Maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah, ASP Sharidhathul Aflaha Binti Ismail di talian 019-269 9573 atau Bilik Gerakan IPD Tangkak di talian 06-978 5222.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button