
13 ditahan disyaki dera kanak-kanak di pusat jagaan
YOGYAKARTA – Pihak berkuasa Indonesia memberkas 13 individu kerana dipercayai terlibat dalam kes penderaan ke atas kanak-kanak di sebuah pusat jagaan harian.
Penahanan itu dibuat ketika serbuan ke atas Little Aresha di bandar raya ini minggu lalu selepas menerima aduan daripada bekas kakitangan yang prihatin dengan nasib kesemua kanak-kanak berkenaan, lapor AFP.
Rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial menunjukkan kanak-kanak, kebanyakannya berusia bawah dua tahun terbaring di atas lantai dengan hanya memakai lampin pakai buang dengan tangan dan kaki mereka terikat menggunakan kain.
Polis mengesahkan rakaman itu adalah tulen turut menemui kira-kira 20 kanak-kanak ditempatkan dalam sebuah bilik sempit berukuran hanya sepanjang tiga meter dan tiga meter lebar.
Ketua Polis bandar itu, Eva Guna Pandia berkata, mereka yang dinamakan sebagai suspek termasuk guru besar dan ketua yayasan yang mengendalikan pusat tersebut.
“Pusat jagaan kanak-kanak itu menempatkan kira-kira 100 kanak-kanak dan lebih separuh daripadanya dipercayai telah didera. Siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








