JENAYAH & MAHKAMAH

Dakwaan dera kanak-kanak autistik, tadika diberi notis larangan beroperasi

SHAH ALAM – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah mengeluarkan notis larangan beroperasi kepada pengusaha sebuah tadika di Shah Alam susulan dakwaan seorang kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) autisme didera oleh pengasuh.

JKM dalam satu kenyataan hari ini berkata, notis larangan beroperasi tersebut adalah kerana kesalahan di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA)

“JKM turut meminta pengusaha tadika untuk hadir ke pejabat JKM Negeri Selangor bagi mendapatkan maklumat susulan berkaitan kes ini.

“Kes juga telah dirujuk kepada Pejabat Pendidikan Daerah untuk tindakan selanjutnya,” kata kenyataan itu, hari ini.

Kenyataan itu memberitahu, ibu bapa mangsa telah hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Cawangan Shah Alam 4 Februari lalu untuk membuat aduan.

Siasatan Pegawai Diberi Kuasa (PDBK) JKM Negeri Selangor mendapati, premis itu berdaftar di bawah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sebagai tadika menerusi perakuan pendaftaran sementara yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah.

“Tadika ini juga menjalankan kelas Early Intervention Program untuk kanak-kanak OKU.

“Hasil pemeriksaan juga turut mendapati tadika tersebut menerima kanak-kanak berusia empat tahun ke bawah yang sepatutnya tidak dibenarkan kerana premis tidak didaftarkan sebagai taska,” kata JKM lagi.

Insiden ini tular di media sosial menerusi perkongsian seorang bapa yang mendakwa anaknya, seorang OKU autisme menjadi mangsa dera.

Dlam hantaran itu, bapa mangsa mendakwa, menemukan kesan lebam besar pada belakang badan ketika ingin memandikan anaknya.

Anaknya bagaimanapun tidak mampu memberikan jawapan kerana dia seorang disahkan seorang autistik yang mempunyai maslaah pertuturan.

Bapa tersebut turut mendakwa, pihaknya diberitahu bahawa kes berkenaan diklasifikasikan sebagai no further action (NFA), selain tiada tangkapan reman dibuat ke atas mana-mana guru taska berkenaan sehingga sekarang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button