Tiada kecederaan ditemukan pada jasad kanak-kanak ditemukan meninggal dunia dalam kereta
SEREMBAN – Prosedur bedah siasat ke atas jasad kanak-kanak berusia dua tahun yang meninggal dunia selepas dipercayai tertinggal di dalam sebuah kereta di sini semalam, tidak menemukan sebarang kecederaan pada tubuh badan mahupun organ dalaman.
Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad, prosedur tersebut mengambil masa selama lima jam bermula pukul 2.30 petang tadi di Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau, lapor BERNAMA.
BACA JUGA:
Kanak-kanak dua tahun ditemukan meninggal dunia dalam kereta
“Punca kematian diklasifikasikan sebagai ‘undetermined’ (belum dapat ditentukan) setakat ini,” katanya.
Siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, tambahnya.
Dalam pada itu, Alzafny berkata, ibu kanak-kanak itu, yang ditahan semalam, telah dibebaskan dengan jaminan polis pagi tadi.
Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan wanita berusia 35 tahun itu akan dipanggil semula untuk membantu siasatan jika perlu.
Semalam, seorang kanak-kanak lelaki ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta yang diletakkan di Jalan Tunku Hassan, dipercayai ditinggalkan oleh ibunya yang bertugas di sebuah bank berhampiran sejak pukul 8 pagi.
Kejadian hanya disedari selepas wanita itu selesai bekerja pada pukul 5 petang.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






