Suspek tembak di KLIA janji beri kerjasama kepada polis
KOTA BHARU – Suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 berjanji untuk memberi kerjasama kepada pihak polis.
Ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Kota Bharu, suspek, Hafizul Hawari, 38, kelihatan dalam keadaan yang tenang dan turut memberi salam kepada kumpulan media di situ.
Sebelum ini, suspek tiba di mahkamah pada jam 8.30 pagi dengan berpakaian baju lokap ungu sambil diiringi empat pegawai, termasuk anggota polis.
Sehubungan itu, suspek direman selama tujuh hari iaitu bermula 16 April hingga 22 April untuk membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
Pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Khas (D9) dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kelantan berjaya menahan suspek selepas 36 jam melarikan diri.
Hafizul dijumpai di hadapan sebuah hospital swasta di Jalan Bayam sekitar pukul 3 petang semalam.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







