Lelaki Perancis cuba seludup tanduk rusa ditahan di KLIA2
SEPANG – Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) berjaya menggagslkan cubaan menyeludup tanduk rusa dan tengkorak rusa berjaya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, kelmarin
Dalam satu kenyataan, AKPS memaklumkan tindakan penguatkuasaan itu dilakukan kira-kira pukul 12 tengah hari, hasil pemeriksaan bagasi penumpang penerbangan yang dijadualkan berlepas ke Hanoi.
“Hasil pemeriksaan mendapati seorang lelaki warganegara Perancis membawa dua unit disyaki tanduk rusa dan satu unit disyaki tengkorak rusa tanpa kebenaran atau dokumen sah, dengan nilai sitaan dianggarkan RM3,000,” menurut kenyataan itu.
Suspek ditahan dan dibawa ke Balai Polis Aeropolis untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] dan Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 [Akta 686]
Menurut AKPS, semua barang kes diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk tindakan selanjutnya.
“AKPS menegaskan komitmen berterusan untuk memperkukuh kerjasama bersama agensi penguatkuasaan lain dalam membanteras sebarang bentuk jenayah rentas sempadan, khususnya melibatkan pemerdagangan hidupan liar di pintu masuk antarabangsa negara,” tambah kenyataan itu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








