BERITA SEMASADALAM NEGERIJENAYAH & MAHKAMAH

AKPS gagalkan cubaan seludup hidupan liar bernilai RM20,000 ke Mumbai

SEPANG – Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) berjaya menggagalkan cubaan
menyeludup tiga ekor hidupan liar bernilai RM20,000 ke Mumbai dalam operasi penguatkuasaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, semalam.

Menurut AKPS, pihaknya berjaya mengesan seorang lelaki tempatan cuba membawa keluar hidupan liar menggunakan penerbangan Malaysia Airlines MH0194 hasil kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dan polis bantuan KLIA.

“Hasil pemeriksaan ke atas bagasi suspek berusia 46 tahun itu menemukan seekor disyaki ungka dan dua ekor disyaki cuscus yang disembunyikan. Nilai sitaan dianggarkan mencecah RM20,000,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

Suspek telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis Aeropolis untuk siasatan lanjut di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] serta Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesis Terancam 2008 [Akta 686].

Selain itu, AKPS memaklumkan semua barang kes telah diserahkan ke Pejabat Perhilitan KLIA untuk tindakan lanjut.

“Kejayaan ini mencerminkan komitmen berterusan pihak berkuasa dalam membanteras aktiviti penyeludupan hidupan liar serta memastikan pintu masuk utama negara tidak dijadikan laluan jenayah rentas sempadan,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button