JENAYAH & MAHKAMAH

Suspek kes tembak Komander AKPS dipercayai ada kaitan dengan Geng Pak Su

ALOR SETAR – Tujuh suspek yang ditahan berkaitan kes tembak melibatkan Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam, kelmarin dipercayai mempunyai kaitan dengan Geng Pak Su.

Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah, siasatan setakat ini mendapati suspek mengenali dan rapat dengan ahli geng berkenaan, lapor HM Online.

“Setakat ini pistol yang digunakan dalam kejadian itu belum ditemukan,” katanya, hari ini.

Laporan media sebelum ini menyebut, tujuh suspek termasuk seorang wanita warga Thailand ditahan susulan kejadian kenderaan dipandu Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam, ditembak.

Adzli dilaporkan berkata, enam suspek adalah lelaki warga tempatan dan seorang lagi suspek wanita adalah warga Thailand yang dipercayai isteri kepada salah seorang suspek lelaki yang ditahan.

Beliau berkata, kesemua mereka berusia 22 hingga 52 tahun dan ditahan dalam serbuan Ops Tutup yang dilancarkan Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kedah.

Jelasnya, semua yang ditahan adalah penduduk di kawasan perumahan berhampiran Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam.

Pasangan suami isteri itu diberkas di pintu sempadan Padang Besar, Perlis pada 12.30 tengah hari ketika cuba melarikan diri ke negara jiran.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button