LUAR NEGARA

Tiga terbunuh, dua polis cedera insiden tembakan berhampiran konsulat Israel di Istanbul

ISTANBUL – Tiga dilaporkan terbunuh manakala dua anggota polis Turkiye cedera dalam insiden tembakan di luar konsulat Israel, di sini hari ini.

Laporan AFP menyebut, kesemua yang terbunuh disyaki suspek dalam insiden berkenaan.

Media Turkiye melaporkan, ketiga-tiga suspek bersenjatakan raifal dan memakai pakaian penyamaran serta membawa beg galas.

Tiada diplomat Israel “berada di wilayah Turkiye ketika ini”, kata satu sumber yang rapat dengan kes tersebut kepada AFP.

Insiden berlaku sekitar pukul 12.15 tengah hari (waktu tempatan), menurut NTV, yang menyiarkan imej kehadiran besar pasukan polis di sekitar konsulat tersebut, yang terletak di kawasan perniagaan Levent di Istanbul.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button