Diplomat Indonesia maut ditembak
LIMA, Peru – Seorang diplomat Indonesia, Zetro Leonardo Purba, meninggal dunia selepas menjadi mangsa tembakan malam semalam, waktu tempatan.
Menurut laporan media Peru, Panamericana Television, individu tidak dikenali melepaskan tiga das tembakan ke arah Zetro di kawasan Lince, hanya beberapa meter dari kediamannya.
Ketika kejadian, mangsa yang bertugas di Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI), di sini sedang mengayuh basikal bersama isterinya dan sempat dihantar ke pusat rawatan namun disahkan meninggal dunia.
Isterinya terselamat daripada serangan tersebut dan kini berada di bawah perlindungan polis tempatan.
Pihak polis Peru memaklumkan, Zetro baru sahaja lima bulan bertugas di KBRI Lima dan sebelum ini pernah berkhidmat di Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) Melbourne, Australia.
Pasukan forensik bersama polis telah menjalankan siasatan di lokasi kejadian.
Satu video yang tular di Facebook menunjukkan mangsa dipercayai ditembak oleh seorang suspek yang kemudian melarikan diri dengan membonceng sebuah motosikal yang menunggu di hadapan sebuah premis.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







