JENAYAH & MAHKAMAH
Tiga maut dalam kejadian tembak di Kota Tinggi
KOTA TINGGI – Tiga individu maut dalam satu kejadian tembakan yang berlaku di Taman Kota Jaya di sini, tengah hari tadi.
Mangsa terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita dipercayai ditembak dalam insiden berkenaan yang turut tular di media sosial, termasuk perkongsian saksi di lokasi kejadian.
Menurut laporan Harian Metro yang memetik sumber, seorang lelaki telah ditahan dan sepucuk pistol dirampas bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan.
“Kes tembak. Kami masih lagi menyiasat tempat kejadian. Nanti kami akan berikan kenyataan,” katanya ringkas.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








