BERITA SEMASA

Adik maut, abang parah kereta terbabas rempuh pokok

PONTIAN – Seorang lelaki maut manakala abangnya cedera parah selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh sebatang pokok dalam kejadian di Kilometer 51, Jalan Johor Bahru–Batu Pahat berhampiran Kampung Jasa Sepakat, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa yang maut berusia 23 tahun dan merupakan pemandu kenderaan jenis Volkswagen.

“Siasatan awal mendapati kereta yang dipandu mangsa dari arah Pekan Nanas menuju ke Pontian dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke bahu kanan jalan sebelum merempuh sebatang pokok.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, abang mangsa yang berada di tempat duduk penumpang hadapan pula mengalami kecederaan serius dan kini sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Pontian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button