JENAYAH & MAHKAMAH

Nenek, cucu maut nahas di Tanah Merah, kereta dipercayai belok awal sebelum dirempuh

TANAH MERAH – Hasrat enam sekeluarga pulang menyambut Aidilfitri berakhir tragedi apabila seorang nenek dan cucunya maut dalam kemalangan di simpang tiga Bandar Kota Harmoni, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 4.30 pagi itu, Wan Rokiah Wan Ahmad, 64, dan cucunya, Nur Zara Zakirah Abdul Aliyy, 14, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala, manakala empat lagi ahli keluarga cedera.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd Haki Hasbullah berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Myvi dinaiki mangsa membelok lebih awal ke simpang kanan.

Menurutnya, pada masa sama sebuah BMW 5 Series yang datang dari arah bertentangan tidak sempat mengelak sebelum merempuh bahagian sisi kiri kenderaan tersebut.

“Perlanggaran itu menyebabkan BMW terbabas dan terbalik di atas jalan,” katanya memetik laporan Kosmo! Online.

BACA JUGA:

Dua maut termasuk kanak-kanak dalam nahas di Tanah Merah

Beliau berkata, kedua-dua mangsa yang duduk di bahagian belakang mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Tambahnya, pemandu Myvi berusia 38 tahun bersama bapanya yang duduk di bahagian depan mengalami kecederaan dalaman, manakala dua lagi penumpang turut cedera termasuk patah kaki dan kecederaan pada pinggul.

Pemandu BMW pula hanya mengalami kecederaan ringan di kepala.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Difahamkan, keluarga tersebut dalam perjalanan dari Rawang Perdana, Selangor ke Tanah Merah untuk pulang beraya di kampung halaman.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button