Mahmud Epah pengerusi baharu PKR Sarawak hadapi PRN-13
KUALA LUMPUR – PKR melantik Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sarawak, Mahmud Epah sebagai pengerusi baharu MPN negeri itu bagi memperkukuh persiapan parti menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13.
Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh berkata, pelantikan itu diputuskan dalam mesyuarat pimpinan cabang KEADILAN Sarawak bersama Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 17 Oktober lalu.
Beliau berkata, mesyuarat berkenaan turut menetapkan strategi dan gerak kerja pilihan raya sebagai tumpuan utama dalam merangka persiapan menyeluruh bagi menghadapi pilihan raya berkenaan yang bakal diadakan dalam masa terdekat.
“Sehubungan itu, mesyuarat turut bersetuju mengenai penstrukturan semula kepimpinan negeri, di mana Saudara Mahmud Epah telah dinamakan sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sarawak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Dalam pada itu, Fuziah berkata, Ahmad Nazib Johari akan terus memainkan peranan memperkukuh hubungan antara kepimpinan Pusat dengan Sabah dan Sarawak.
Katanya, langkah itu selaras dengan fokus parti untuk memperkukuh jaringan politik di kedua-dua wilayah berkenaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








