POLITIK

PRN: Pas akan pertahan semua kerusi dimenangi di Kelantan

TUMPAT – Parti Pas akan mempertahankan semua kerusi DUN Kelantan yang dimenangi mereka sebelum ini, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, lapan kerusi lagi yang dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) sebelum ini akan ditandingi oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Kita guna formula sebagaimana Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu di mana Parlimen yang dimenangi BN diserahkan kepada Bersatu untuk bertanding.

“Keputusan ini telah dicapai hasil pertemuan dan perbincangan yang dijalankan sebelum-sebelumnya. Jika akan perubahan selepas ini akan dimaklumkan semula,” kata Mohd. Amar kepada pemberita, hari ini.

Beliau kemudiannya menambah, Pas sudah bersedia pada tahap maksimum bagi menghadap PRN, termasuk dengan senarai nama calon yang akan bertanding.

“(Bagaimanapun) Senarai nama itu akan ditapis dan keputusan akhir diputuskan oleh Menteri Besar,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button