POLITIK

PRN Johor: PAS langgar naratif ciptaan sendiri bila arah ahli undi UMNO

JOHOR BAHRU – Tindakan PAS mengarahkan ahlinya mengundi calon Barisan Nasional (BN) di kerusi tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada PRN Johor akan datang menunjukkan parti itu tidak berpendirian.

Ketua Pakatan Harapan (PH) Johor, Aminolhuda Hassan berkata, arahan itu bercanggah naratif PAS yang sebelum ini melabelkan kerjasama kerajaan persekutuan membabitkan UMNO dan DAP sebagai ‘UMDAP’, lapor FMT.

“Pada awal pembentukan kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim, pimpinan PAS menuduh UMNO sebagai ‘UMDAP’. Tetapi hari ini mereka pula mengarahkan ahli PAS mengundi calon UMNO yang sebelum ini mereka sendiri gelar sebagai UMDAP,” katanya, hari ini.

Terdahulu, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, arahan itu dikeluarkan bagi memastikan sokongan kepada UMNO-BN di kerusi tidak mempunyai calon daripada PN.

Katanya, arahan itu sudah dimaklumkan ke peringkat akar umbi dan menegaskan supaya tidak mengundi PH.

Sementara itu, Aminolhuda berkata, rakyat Johor tidak lupa pengalaman pentadbiran kerajaan yang dibentuk menerusi apa yang disifatkannya sebagai ‘kerajaan tebuk atap’, membabitkan PAS, BERSATU dan UMNO pada 2020 yang dibuat atas dasar kepentingan kelompok bukan untuk kebaikan rakyat.

Katanya, kerajaan itu hanya mampu bertahan selama 33 bulan meskipun diterajui dua perdana menteri daripada gabungan berkenaan.

“Ini jelas menunjukkan gabungan tersebut ketika itu lebih berminat membentuk kerajaan atas dasar kepentingan kelompok masing-masing, bukannya untuk berbakti dan berkhidmat kepada rakyat,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button