PRN Johor: PH akan letak calon di semua 56 kerusi
JOHOR BAHRU – Pakatan Harapan (PH) Johor akan bertanding di semua 56 DUN pada PRN akan datang.
Langkah itu dipercayai susulan keputusan Barisan Nasional (BN) negeri yag mahu meletakkan calon di setiap kawasan yang dipertandingkan.
Pengerusi PH Johor Aminolhuda Hassan, berkata, keputusan itu dibuat selepas Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi semalam mengisytiharkan BN akan bertanding di semua 56 kerusi DUN.
“Maka, PH Johor juga akan turut sama bertanding kepada 56 kerusi.
“Mereka telah berikan laluan, mereka telah buka laluan, mereka telah berikan kata putus, maka kami tidak akan berundur,” katanya ketika berucap pada Konvensyen PH, di sini hari ini.
Sebagai rekod, Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor akan terbubar secara automatik pada April tahun depan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















