POLITIK

ADUN BN Negeri Sembilan kongsi hantaran kenyataan media berhubung penurunan takhta Tuanku Muhriz

CYBERJAYA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional yang menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan, didapati memuat naik kenyataan media berhubung penurunan takhta Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir di akaun media sosial masing-masing.

Mereka terdiri daripada EXCO Kemajuan Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah Negeri Sembilan, Datuk Mohd Faizal Ramli, EXCO Pembangunan Belia dan Sukan, Datuk Mustapha Nagoor; EXCO Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional dan NGO, Suhaimizan Bizar; dan EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Siti Nur Umaira Hasim.

Kenyataan sama turut dimuat naik EXCO Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup, Datuk Mohd Razi Mohd Ali; dan EXCO Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Hal Ehwal Bukan Islam, Siow Kong Choon di akaun media sosial masing-masing.

EXCO Perindustrian, Teknologi, Inovasi dan Digital, Datuk Mohd Asna Amin dalam satu hantaran di akaun miliknya, hanya mengulang siar hantaran dibuat Mohd Faizal dengan kapsyen ‘Kenyataan bersama’.

Pemeriksaan lanjut Malaysia Tribune mendapati, hanya EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Modal Insan yang juga ADUN Chembong, Datuk Zaifulbahri Idris tidak berkongsi hantaran tersebut.

Terdahulu, media digemparkan dengan penularan kenyataan media yang medakwa proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada 19 April lalu adalah sah.

Kenyataan itu menyebut, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim, semalam.

Bagaimanapun, buat masa ini, Ismail masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung isu berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button