BERITA SEMASA

Peguam persoal kesahihan kenyataan dikeluarkan Exco Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR – Seorang peguam mempersoalkan kesahihan satu kenyataan yang didakwa dikeluarkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan, yang mengisytiharkan pelucutan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai pemerintah negeri itu.

​Memetik laporan FMT, Rosli Dahlan mempersoalkan sama ada Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim telah memperakui kenyataan yang dikeluarkan petang tadi, sambil menegaskan bahawa ia sekadar ditandatangani sebagai ‘barisan ahli Exco Negeri Sembilan’.

​”Bolehkah satu ketetapan Exco dibuat tanpa perakuan menteri besar?

​”Keputusan serta ketetapan Exco sepatutnya diumumkan oleh menteri besar selaku ketua Exco. Jadi, bolehkah exco mengeluarkan kenyataan sedemikian tanpa menteri besar?

​”Dan siapakah yang beri kebenaran untuk mengeluarkan kenyataan itu?” soalnya dalam kenyataan.

​Kenyataan yang dimaksudkan itu dimuat naik di media sosial oleh beberapa ahli Exco Negeri Sembilan, kesemuanya daripada Barisan Nasional (BN) termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Linggi, Faizal Ramli, ADUN Lenggeng, Asna Amin, ADUN Palong, Mustapha Nagoor dan ADUN Chennah, Siow Kong Choon.

​Sementara itu, dua wakil Perikatan Nasional (PN) dalam barisan Exco itu, Fairuz Isa (Serting) dan Razali Abu Samah (Sikamat), tidak memuat naik semula kenyataan itu.

​Pejabat Ismail setakat ini masih belum mengesahkan kenyataan berkenaan.

​Menurut kenyataan itu, pihak Exco bersetuju bahawa penyingkiran Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada April lalu adalah sah, justeru Tuanku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar merupakan pemerintah baharu.​

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button