BERITA SEMASAPMX

Pelabuhan Bintulu diserah kepada Sarawak, pencapaian signifikan MA63 – PM

KUCHING – Penyerahan Pelabuhan Bintulu daripada Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Sarawak mencerminkan pencapaian signifikan dalam pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkembangan itu turut mengiktiraf hak dan kedudukan Sarawak sebagai rakan pengasas Malaysia.

“Saya ulangi keyakinan Kerajaan Persekutuan bahawa Kerajaan Sarawak mempunyai kepakaran dan keupayaan untuk mengurus serta mengendalikan Pelabuhan Bintulu dengan cekap dan sebaiknya, Insya-Allah,” katanya dalam kenyataan selepas menghadiri Majlis Penyerahan Pelabuhan Bintulu di sini.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan penyerahan Warta Kerajaan Persekutuan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke kepada Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak.

Hadir sama, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Penyerahan berkenaan merupakan sebahagian daripada pelaksanaan MA63, selain mencerminkan pengiktirafan terhadap hak dan kedudukan Sarawak sebagai rakan pengasas Malaysia.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button