BERITA SEMASAPMXSUKAN

Emas Kejohanan Badminton Dunia milik Chen-Toh hadiah Hari Kebangsaan – PM

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada pasangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie–Toh Ee Wei, atas kejayaan bersejarah menjuarai Kejohanan Badminton Dunia BWF 2025 di Paris sebentar tadi.

Kejayaan itu menjadikan mereka pasangan beregu campuran pertama Malaysia yang meraih pingat emas dalam sejarah kejohanan dunia berprestij tersebut.

Dalam satu kenyataan, Anwar menyifatkan kejayaan itu sebagai hadiah bermakna sempena Hari Kebangsaan yang disambut hari ini.

“Terima kasih kerana telah bekerja keras demi mengharumkan nama negara. Ia hadiah Hari Kebangsaan buat Malaysia,” kata Anwar dalam satu kenyataan di X hari ini.

Chen Tang Jie–Toh Ee Wei menewaskan pasangan China, Jiang Zhen Bang–Wei Ya Xin dengan keputusan straight set 21-15, 21-14 dalam masa 40 minit.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button