POLITIK

PRN Melaka: Adly pertaruh rekod lapan tahun, banjir isu utama Bukit Katil

BUKIT KATIL – Calon Pakatan Harapan (PH) yang juga penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil, Adly Zahari mempertaruhkan rekod perkhidmatan selama lapan tahun untuk mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.

Beliau berkata, fokus utamanya adalah untuk terus menyelesaikan masalah rakyat, khususnya masalah banjir yang menjadi isu paling utama dirasai penduduk di Bukit Katil.

Menurutnya, masalah banjir itu telah berjaya diselesaikan dan ia merupakan masalah terbesar yang dihadapi rakyat di kawasan itu sebelum ini.

“Mana-mana saya pergi, taman-taman dan sebagainya, semuanya banjir itu dah selesai dan kita dah selesaikan masalah yang terbesar di rakyat Bukit Katil,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Adly berkata, beliau dan pasukannya telah berkhidmat kepada penduduk Bukit Katil selama lapan tahun dan bekerjasama dengan semua masyarakat serta institusi di kawasan itu.

“Kami mempunyai data keseluruhan aduan dan permohonan yang diterima daripada rakyat,”katanya.

Menurutnya, beliau menerima hampir 215 inisiatif yang diminta oleh rakyat, termasuk 101 melibatkan infrastruktur dan 87 melibatkan bantuan kebajikan dan sebagainya.

“Jadi keseluruhannya yang kita selesaikan 231, jadi maknanya kita ada data bantuan yang kita beri, selesaikan masalah-masalah masyarakat.

“‘Respon masyarakat terhadap kempennya setakat ini cukup baik kerana beliau bukan lagi calon baharu yang perlu memperkenalkan diri,” katanya.

Beliau berkata, beliau sudah dikenali oleh keseluruhan masyarakat di Bukit Katil selepas lapan tahun berkhidmat di kawasan itu.

Menurutnya, beliau mengakui wujud cabaran baharu susulan kerjasama antara parti-parti lain yang bertanding pada PRN kali ini.

“Tapi saya yakin respon daripada masyarakat memang agak baik. Cuma kadang-kadang masyarakat memang saya jumpa, dia dengarkan, dia memang beri jaminan kemenangan kepada kita,” katanya.

Beliau berkata, beliau turut mengingatkan penyokong supaya tidak leka kerana politik sentimen yang ada akan memberi cabaran kepada PH.

“Dengan komitmen jentera dan sokongan yang diberikan oleh rakyat di Bukit Katil, beliau yakin prestasi PH di kawasan itu akan menjadi lebih baik,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button