Fahmi Fadzil tinjau persiapan pusat media PRN Melaka
AYER KEROH – Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil semalam meninjau persiapan Pusat Media di Hotel Mudzaffar di sini bagi memastikan kemudahan untuk pengamal media sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berada dalam keadaan baik.
Pusat Media itu dikendalikan Kementerian Komunikasi dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Ia mula beroperasi pada 30 Oktober hingga 14 November ini, dari pukul 9 pagi hingga 7 malam bagi menyediakan kemudahan serta pangkalan operasi kepada pengamal media yang membuat liputan PRN berkenaan.
Kemudahan itu turut bertujuan memudahkan penyelarasan maklumat dan memastikan perkembangan semasa pilihan raya dapat disampaikan kepada masyarakat secara teratur serta berkesan.
Turut hadir dalam lawatan itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah dan Ketua Pengarah JAPEN, Erwin Khairul Ahmad.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |














