
BERITA SEMASA
KSN baharu dijangka diumum petang ini
PUTRAJAYA – Pejabat Perdana Menteri (PMO) dijangka mengumumkan nama Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baharu, petang ini.
Perkara itu dimaklumkan oleh Jurucakap Kerajaan, Fahmi Fadzil, sebentar tadi.
Isnin lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, pengumuman pelantikan KSN baharu akan dibuat dalam masa terdekat.
Pelantikan baharu itu adalah bagi menggantikan Tan Sri Mohd Zuki Ali yang bakal menamatkan kontraknya pada 10 Ogos ini.
Mohd Zuki dilantik sebagai KSN pada 31 Disember 2019 dan beliau menjawat semula jawatan itu secara kontrak untuk tempoh dua tahun mulai 11 Ogos 2022 hingga 10 Ogos ini.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








