POLITIK

[VIDEO] Jalaludin nafi mahukan jawatan Menteri Besar

SEREMBAN – Ketua UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias menafikan beliau mahukan jawatan Menteri Besar selepas mengetuai 14 ADUN daripada parti itu menarik sokongan terhadap pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Aminuddin Harun.

Jalaluddin yang juga ADUN Pertang berkata, sesiapa sahaja layak menjawat jawatan tersebut dan beliau menyerahkan perkara itu kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

@malaysiatribune

Pengerusi Perhubungan BN Negeri Sembilan itu berkata, pihaknya akan meneliti opsyen-opsyen lain dan pada masa sama berpandangan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun telah hilang keyakinan untuk menerajui kepimpinan kerajaan negeri #malaysiatribune #beritasemasa #politikmalaysia

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

“Ada pihak mengatakan tindakan UMNO ini menyusahkan rakyat dan mahu merebut kuasa untuk menjadi Menteri Besar.

“Ini bukan matlamat kita. Saya sudah menjadi Exco Kanan dan perbincangan kita, bukan saya nak jadi Menteri Besar. Sesiapa sahaja boleh. Saya boleh, Mustapha Nagoor (ADUN Palong) boleh, Mohd Faizal Ramli (ADUN Linggi) pun boleh.

“Yang di-Pertuan Besar memutuskan siapa akan menjadi Menteri Besar, bukan saya. Jadi ini bukan matlamatnya, jangan silap faham,” katanya dalam satu sidang media di Wisma UMNO Negeri Sembilan, di sini hari ini.

Jalaluddin setersnya memberitahu, UMNO sudah menghantar permohonan rasmi petang semalam untuk menghadap Tuanku Muhriz bagi memaklumkan penarikan sokongan terhadap Aminuddin.

“Buat masa ini, saya belum lagi dititah menghadap baginda dan bersedia pada bila-bila masa untuk menghadap,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button