BERITA SEMASAPOLITIK

Ahmad Maslan nasihat pemimpin tolak politik tidak beretika

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menasihatkan pemimpin politik agar tidak mengamalkan prinsip ‘matlamat menghalalkan cara’ serta pendekatan ‘membunuh musuh sepenuhnya’ dalam politik dan kehidupan seharian kerana disifatkan tidak beretika.

Timbalan Menteri Kerja Raya itu berkata, pendekatan sedemikian tidak wajar dijadikan pegangan, sebaliknya semua pihak perlu menggunakan kaedah yang terhormat dalam mencapai sesuatu matlamat.

“Jangan amalkan dua kaedah ini dalam politik dan kehidupan ‘matlamat menghalalkan cara dan membunuh musuh kamu sepenuhnya’.

“Ini adalah kaedah tidak beretika terutama dalam dunia politik dan juga kehidupan seharian,” katanya dalam hantaran di Facebook tanpa merujuk kepada mana-mana pihak atau isu tertentu.

Pada masa sama, Ahmad Maslan turut menekankan bahawa kehidupan yang diberkati lebih menjamin keselamatan dan kesejahteraan, sambil menggesa semua pihak berpegang kepada nilai murni dalam bertindak.

“Hidup dalam berkat itu selamat. Gunalah kaedah terhormat untuk mencapai matlamat,” katanya.

Dalam hantaran sama, beliau turut menyertakan maklumat yang dirujuk daripada Google dan Wikipedia, termasuk petikan yang menyatakan frasa ‘kill your enemies completely’ sering dikaitkan dengan Hukum ke-15 dalam buku The 48 Laws of Power karya Robert Greene.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button