[VIDEO] Aminuddin kekal tadbir Negeri Sembilan meski BN tarik sokongan
SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menegaskan beliau akan terus menjalankan tanggungjawab mentadbir negeri walaupun 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) menarik sokongan terhadapnya.
Menurut beliau, kedudukan semasa berkaitan sokongan ADUN itu telah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Katanya, baginda menitahkan supaya pentadbiran kerajaan negeri diteruskan seperti biasa sehingga keputusan yang lebih jelas diperoleh.
“Kita akan jalankan pentadbiran kerajaan negeri sedia ada sehingga ada keputusan jelas. Saya akan teruskan tugasan sebagai Menteri Besar,” katanya pada sidang media di kediaman rasmi beliau, di sini hari ini.
Aminuddin turut memaklumkan bahawa pentadbiran Negeri Sembilan ketika ini akan beroperasi sebagai kerajaan minoriti susulan perkembangan tersebut.
@malaysiatribune Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun akan terus melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya seperti biasa susulan perkembangan politik semasa di negeri itu. Beliau berkata, keputusan tersebut dibuat selepas menerima nasihat daripada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, susulan pertemuan bagi mempersembahkan situasi terkini, tengah hari tadi.#trendingnewsmalaysia #beritatularmalaysia #beritaviral #beritasemasa #aminuddinharun
Bagaimanapun, beliau berkata, setakat ini belum ada sebarang perancangan untuk mengadakan pertemuan dengan ADUN BN bagi meredakan konflik politik yang berlaku.
BACA JUGA:
14 ADUN BN Negeri Sembilan tarik sokongan, hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar
Hilang sokongan majoriti: MB perlu menghadap Yang Dipertuan Besar, Undang Luak, Tunku Besar Tampin
Sidang media itu turut dihadiri Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke serta beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) negeri.
Terdahulu, media melaporkan 14 ADUN Barisan Nasional negeri itu sebulat menarik sokongan dan hilang kepercayaan terhadap Aminuddin.
Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias dalam satu sidang media pagi tadi.
Beliau menegaskan keputusan itu dibuat selepas mengambil kira krisis yang melanda institusi adat dan perlembagaan negeri.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















