BN Negeri Sembilan mahu 6 jawatan Exco
SEREMBAN – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berharap kerajaan negeri akan mempertimbangkan lima atau enam jawatan exco daripada calon Barisan Nasional (BN) di dalam kerajaan negeri yang baru dibentuk.
Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang itu berkata, permohonan untuk kouta berkenaan adalah berdasarkan jumlah kerusi DUN yang dimenangi BN
pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu lalu.
“Keputusan akhirnya akan diperoleh selepas saya mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun,” katanya menurut laporan media tempatan.
Sementara itu, Jalaluddin berkata, senarai nama-nama calon untuk jawatan itu akan terdiri daripada muka lama dan baharu.
Bagaimanapun katanya, pihaknya masih belum dipanggil oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berhubung perkara itu.
“Saya tidak pasti bila perbincangan itu akan diadakan, namun percaya ia akan dilakukan dalam minggu ini juga.
“Tiada tempoh ditetapkan bagi perlantikan EXCO, namun bagi memastikan kelancaran pentadbiran kerajaan negeri saya fikir dalam minggu ini juga (EXCO) akan dilantik,” katanya.
Pada PRN lalu, BN menang 14 kerusi, manakala Pakatan Harapan (PH) memenangi 17 kerusi, sekali gus membentuk kerajaan negeri dengan majoriti dua pertiga selain Perikatan Nasional (PN) menang di lima kerusi DUN.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















