POLITIK

UMNO selar tindakan Tengku Zafrul letak jawatan, sertai PKR

KUALA LUMPUR – UMNO masih belum menerima secara rasmi surat perletakan jawatan Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Setiausaha Agungnya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, UMNO memandang serius niat perletakan jawatan beliau kerana ingin menyertai PKR.

“Adalah amat tidak wajar untuk mana-mana parti dalam Kerajaan Perpaduan menerima keahlian daripada ahli parti-parti lain sewenang-wenangnya.

“Ini bagi mengelakkan berlakunya ketidakharmonian di kalangan parti-parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan hingga tercetus pula prejudis dan prasangka berterusan mengenai tahap kesetiakawanan, keikhlasan dan kejujuran sesama sendiri di kalangan ahli akar umbi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu Tengku Zafrul membuat keputusan mengejutkan apabila meletakkan semua jawatan UMNO.

Menurut Tengku Zafrul dalam satu kenyataan, susulan peletakkan jawatan itu, beliau menyatakan niat untuk menyertai PKR.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button