POLITIK

Kerjasama UMNO adalah bersama PH, bukan DAP

KUALA LUMPUR –  Naib Presiden UMNO Datuk Seri Johari Abdul Ghani menegaskan dakwaan  kerjasama Barisan Nasional (BN) bersama Pakatan Harapan sebagai langkah bersekutu dengan DAP langsung tidak berasas malah jauh tersasar. 

Beliau berkata, kerjasama untuk membentuk Kerajaan Perpaduan itu bukan sahaja melibatkan DAP tetapi banyak rakan-rakan gabungan parti dalam Pakatan Harapan. 

Bahkan katanya, dakwaan yang dimainkan hari ini termasuklah UMNO bekerjasama dengan Dap tidak tepat sama sekali kerana jumlah kerusi antara kedua-dua parti berkenaan tidak berupaya untuk membentuk kerajaan ‘unity’.

“Dap mempunyai 40 kerusi Parlimen manakala UMNO dan rakan-rakan komponen BN mempunyai 30… 30 dicampur dengan 40 tidak boleh wujud kerajaan ‘unity’.

“Sebenarnya kita buat keputusan untuk bersama-sama di dalam Kerajaan Perpaduan hari ini bukan kerana DAP tetapi kerana kita mahu memberikan kestabilan politik kepada negara.

“Kita belajar daripada apa yang berlaku pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 apabila negara mempunyai tiga perdana menteri dalam tempoh satu penggal… huru-hara semuanya. Jadi sebab itu kita buat keputusan…. bukan kepentingan kita semata-mata secara peribadi tetapi demi kepentingan negara.

“Kalau sesebuah negara itu tidak stabil, susah… apabila tidak ada parti dalam negara ini yang mempunyai kuasa mutlak atau kemenangan mutlak, takkan kita nak biarkan negara jadi sebelum ini. Takkan kita mahu ‘repeat’ balik apa yang berlaku pada PRU-14, kita ulang balik PRU-15,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi Townhall Penerangan UMNO Malaysia yang diadakan di sini, semalam. Turut serta menjadi ahli panel dua lagi Naib Presiden, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Townhall berkenaan dihoskan sendiri oleh Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said. Turut bersama Presiden dan Timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Datuk Seri Mohamad Haji Hasan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button